arena

Aksi bersambung tanpa penyokong

Oleh AFP

JURULATIH Bayern Munich, Hansi Flick menjangkakan mereka akan beraksi di stadium tanpa penonton berikutan pandemik Convid-19 tatkala sainga liga di Jerman dijangka bersambung awal Mei.

Kebanyakan 18 kelab liga utama di Jerman kembali berlatih buat kali pertama Isnin lalu sejak ia ditangguhkan pada pertengahan Mac.

Liga Bolasepak Jerman (DFL) sedang berbincang bersama kelab dan pihak berkuasa mengenai penyambungan dua saingan utama liga Mei ini dan keputusan berkenaan dijangka akan diumumkan pada 17 April.

Bagaimanapun, sebaik saingan Bundesliga bersambung penyokong masih belum dapat hadir ke stadium untuk mengurangkan penyebaran wabak berkenaan.

Flick, yang menyambung kontrak bersama Bayern sehingga 2023, berkata, berkata mereka harus membiasakan diri bermain di stadium tanpa penyokong.

Bayern, yang memburu kejuaraan liga kali kelapan berturut-turut, mendahului dengan kelebihan empat mata sebelum saingan ditangguhkan.

“Lama kami menunggu saingan liga untuk disambung semula. Kami seharusnya bersedia untuk menyambung semula aksi musim ini,” kata Flick.

DFL mengesahkan kepada AFP perbincangan beraksi tanpa penonton sudah dilakukan walaupun keputusannya belum muktamad.

Tabloid Jerman, Bild melaporkan hanya 239 orang dibenarkan untuk berada dalam setiap perlawanan liga dengan ia terhad kepada pemain, staf, pengawal keselamatan, pegawai pertandingan dan media

Disiarkan pada: April 8, 2020 @ 11:55am
d