arena

Tour de France semakin kesuntukan masa

Oleh AFP

SALAH satu kejohanan sukan utama yang masih lagi bertahan tanpa sebarang perubahan ketika penularan pandemik Covid-19 ialah Tour de France dan mereka sedang mengejar masa.

Ketika Olimpik Tokyo, Euro, kejohanan utama tenis dan golf serta Giro d’Italia sudah ditangguhkan atau batal, Tour de France masih lagi dijadualkan berlangsung pada 27 Jun ini.

Pengarah Tour de France, Christian Prudhomme, menjelaskan sebelum saingan bermula beliau mahu sekurang-kurangnya pelumba sudah berlatih dan mengambil bahagian dalam tempoh dua bulan.

Ini bermakna latihan dan perlumbaan yang tertangguh harus bersambung semula hujung April namun peluang untuk melihat perkara itu berlaku agak tipis.

Perlumbaan utama itu juga mampu diadakan sebaik Perancis menamatkan tempoh berkurung mereka bukan saja untuk membolehkan pelumba mengambill bahagian tapi kehadiran 10 hingga 12 juta penonton yang sentiasa memberi sokongan di tepi jalan.

Minggu lalu beliau mengumumkan pengumumkan penangguhan perlumbaan pemanas badan lapan peringkat Dauphine, yang sepatutnya bermula pada 31 Mei.

“Paling penting untuk saingan Tour de France adalah mengambil berat isu kesihatan,” katanya.

Situasi yang berlaku di Eropah sekarang ini menyaksikan perlumbaan berkenaan semakin hampir untuk ditangguhkan.

“Sehingga sekarang tarikh perlumbaan Tour de France kekal namun ia tidak tepat untuk menuduh kami tidak mengkaji sebarang kemungkinan,” katanya.

Disiarkan pada: April 9, 2020 @ 8:22pm
d