arena

Bila Ronaldo bertukar wanita...

Oleh Agensi

PERNAHKAH anda terfikir bagaimana wajah bintang bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo, Harry Kane dan Lionel Messi sekiranya mereka seorang wanita?

Potral berita sukan The Sun UK mengambil inisiatif menukar gambar bintang bola sepak ternama dunia kepada seorang wanita menerusi aplikasi FaceApp dan hasilnya agak melucukan.

Salah seorang pemain yang menjadi sasaran adalah Ronaldo. Tidak dipertikaikan lagi bintang Juventus itu adalah salah seorang cukup cemerlang di atas padang dan mampu mencairkan hati wanita di media sosial kerana rupa tampannya.

Jika sebagai seorang lelaki Ronaldo sudah cukup tampan, bagaimana pula wajahnya sebagai seorang wanita?

Sebaik wajahnya ditukar menerusi aplikasi FaceApp, Ronaldo kelihatan seperti selebriti popular, Georgina Rodriguez atau Cindy Crawford.

Turut dilihat menjadi jelita menerusi aplikasi FaceApp adalah Messi, Kane dan bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Bintang Manchester United, Paul Pogba turut menjadi ‘mangsa’ namun wajahnya tidak jauh berbeza apabila bertukar wajah kepada wanita, malah dilihat lebih garang.

Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 12:56pm
d