arena

Ronaldo, Portugal bantu kelab amatur

Oleh AFP

CRISTIANO Ronaldo dan rakan sepasukannya dalam skuad Portugal mendermakan separuh bonus mereka selepas berjaya melayakkan diri ke Euro 2020 untuk membantu bola sepak amatur di negara berkenaan yang dihimpit pandemik Covid-19.

Persekutuan Bolasepak Portugal berkata, wang berkenaan akan disalurkan terus ke dana yang disasarkan untuk mencecah sebanyak 4.7 juta euro (RM22.8 juta) bagi membantu kelab amatur menghadapi krisis berkenaan.

Badan induk itu sudah membuat keputusan minggu lalu untuk membatalkan saingan amatur bagi musim ini dan tidak pasukan muncul juara, dinaikkan pangkat mahupun tergelincir ke liga bawahan.

Tidak ada sebarang keputusan mengeai saingan profesional namun presiden liga berkenaan berkata Mac lalu, beliau berharap aksi musim ini harus dilengkapkan

“Ia adalah sangat penting untuk melengkapkan kejohanan kerana ia bagi membolehkan beberapa perkara untuk dipulihkan dan kita boleh bersedia bagi saingan musim depan dengan mengetahui siapa layak ke peringkat antarabangsa, muncul juara dan siapa tersingkir,” kata Pedro Proenca.

Portugal mengejutkan tuan rumah Perancis untuk muncul juara Euro 2016 namun Ronaldo dan rakan sepasukannya perlu menunggu lagi setahun untuk mempertahankan kejuaraan selepas kejohanan itu ditangguhkan selama 12 bulan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 13, 2020 @ 11:19pm
    d