arena

Mcilroy pasang hajat besar di Masters

Oleh AFP

RORY Mcilroy berharap perubahan jadual saingan golf 2020 mampu membantunya untuk melengkapkan trofi Grand Slam iaitu muncul juara Masters November ini.

Keempat-empat kejohanan utama saingan golf terjejas dengan peraturan kerajaan dalam membantu menghalang penyebarang wabak Covid-19.

Terbuka British sudah pun dibatalkan dan tiga lagi kejohanan utama di Amerika Syarikat terpaksa dirombak semula.

“Masters sangat bermakna buat saya. Sebenarnya ia adalah kejohanan utama terakhir untuk saya lengkapkan tapi sebenarnya ia sangat istimewa kerana pelbagai kenangan indah di kejohanan itu.

“Saya sentiasa merasakan ada sedikit harapan jika ke Augusta, kejohanan besar pertama setiap tahun.

“Saya tidak rasa tahun ini ia sama, mungkin sedikit berbeza dan itu yang saya mahukan.

“Ia akan menjadi saingan Masters yang berbeza tahun ini tapi ia pandangan secara peribadi,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 13, 2020 @ 11:46pm
    d