arena

De Bruyne tak pasti dijangkiti Covid-19

Oleh AFP

KEVIN De Bruyne kembali pulih daripada masalah kesihatan tetapi bintang Manchester City itu berkata dia tidak pasti sama ada dijangkiti koronavirus.

De Bruyne dan keluarganya tidak sihat hampir dua minggu lalu tetapi pemain antarabangsa Belgium itu tidak pasti ia berpunca daripada virus Covid-19.

"Secara jujurnya saya kini sihat," De Bruyne berkata kepada Sky Sports, awal pagi tadi.

"Dua minggu pertama keluarga saya sakit tetapi sekarang semuanya kembali pulih.

"Kami tak tahu sama ada kami dijangkiti (koronavirus) atau tidak tetapi saya fikir kesihatan kami kembali normal.”

Perkembangan terkini De Bruyne sudah pasti melegakan City yang mahu pemain tengah itu mengekalkan kecergasan selain mematuhi penjarakan sosial.

Liga Perdana digantung kerana pandemik tetapi masih ada harapan ia bakal bersambung musim ini.

"Dua minggu pertama agak merisaukan kerana saya tak tahu apa yang berlaku,” kata De Bruyne. .

"Kemudian saya mendapatkan ‘treadmil’. Kadang-kadang saya berenang dan bernasib baik ada kolam renang. Tetapi sekarang saya banyak berlari."

Menurutnya lagi, City turut memberi arahan dan bentuk latihan ketika perintah berkurung. "Mereka memberi kami seperti program besar. Saya fikir pada permulaan perintah berkurung beberapa fisioterapi gimnasium datang ke kelab dan membuat video apa yang boleh kami lakukan, apa yang tidak dan beberapa jenis latihan.

"Tetapi ada beberapa perkara yang saya suka, jelas ia lebih kepada berlari dan berenang.”

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 18, 2020 @ 7:43am
    d