arena

FIGC yakin Serie A kembali hujung Mei

Oleh AFP

PERSEKUTUAN Bolasepak Itali (FIGC) berkata liga di negara itu wajar bersambung kembali pada ‘akhir Mei, awal Jun’ dan menganggap mereka yang menyokong pembatalan musim ini tidak minat bola sepak dan rakyat Itali.”

Presiden FIGC, Gabriele Gravina berkata persiapan mengambil masa tiga minggu selepas tamat perintah berkurung susulan pandemik koronavirus di negara itu yang dijangka pada 4 Mei.

"Jadi pada hujung Mei, awal Jun kita boleh memulakan kembali aksi bola sepak,” katanya kepada radio Itali, awal pagi tadi.

"Mereka yang mencadangkan pembatalan musim ini tidak suka bola sepak dan Itali kerana mereka merampas harapan masa depan dan untuk pemulihan,” kata Gravina.

"Akan ada tempoh pemantauan bagi memastikan semua yang mengambil bahagian bebas virus. Jika semua negatif, tiada masalah penjarakan sosial dan jangkitan.

"Saya harap setiap orang dapat beraksi di stadium sendiri, jika ia tidak sesuai kami akan mencari solusi lain,” kata Gravina.

"Pandemik ini menyukarkan semua orang, negara, ekonomi dan bola sepak, salah satu industri yang penting,” katanya namun yakin “kami akan mencari jalan yang betul.” .

Menurut akhbar Itali, Brescia dan Torino dua kelab terakhir yang menentang penyambungan liga. Bandar Brescia salah satu bandar yang paling terjejas teruk akibat pandemik yang membunuh 23,000 di Itali.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 18, 2020 @ 8:06am
    d