arena

Thiem kelahiran semula Nadal?

Oleh Agensi

DALAM video Akademi Rafa Nadal yang menjawab soalan peminat, Toni Nadal menjelaskan tidak akan ada ‘kelahiran’ Rafael Nadal baru sepanjang pengamatannya sebagai jurulatih kepada anak saudaranya itu.

Faktor usia bakal menjadi penghalang kepada juara 19 kali Grand Slam itu dan peminat mula mempersoalkan sama ada akan lahirnya pemain seperti itu lagi.

“Sudah tentu saya tidak jumpa lagi Rafa yang baru dalam jelajah. Semua pemain sebenarnya berbeza.

“Mungkin pemain yang mempunyai sedikit persamaan dengannya ialah Dominic Thiem.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada dia mampu mengulangi pencapaian dicatatkan Rafael. Saya sudah melihat ramai pemain tenis yang hebat di kejohanan tapi sekali lagi saya ingin tekankan semua pemain adalah berbeza.

“Saya berharap generasi selepas ini mampu menjadi pemain seperti Roger (Federer), lebih kurang sama seperti Roger atau Rafael.

“Jika seseorang pemain itu menunjukkan keghairahan untuk menjadi seperti mereka ia adalah sangat baik buat Jelajah ATP,” katanya.

Disiarkan pada: April 18, 2020 @ 11:53pm
d