arena

Rins sempat sambung kontrak

Oleh AFP

ALEX Rins menandatangani kontrak baru bersama Suzuki baki membolehkan dia kekal dengan pasukan berkenaan sehingga 2022.

“Kontrak baru di antara Suzuki Racing Company dan pelumba MotoGP berusia 24 tahun kelahiran Sepanyol itu hadir ketika situasi yang sangat aneh dalam sejarah.

“Bagaimanapun, pembaharuan kontrak ini mengesahkan Suzuki, pasukan dan pelumba memikirkan masa depan serta fokus bagi mendapatkan keputusan lebih baik,” jelas Suzuki dalam satu kenyataan.

Dua kejuaraan dan aksi mantap dalam perlumbaan membolehkan Rins menamatkan saingan 2019 di tempat keempat tapi dia belum beraksi lagi musim ini berikutan penularan wabak Covid-19.

Tiga pelumba yang berada di depannya tahun lalu ialah Maverick Vinales, Andrea Dovizioso dan penyandang juara, Marc Marquez.

Seorang lagi pelumba yang bersama Vinales di Yamaha untuk musim 2021 dan 2022 ialah

Fabio Quartararo menggantikan juara dunia tujuh kali berusia 41 tahun, Valentino Rossi.

Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 2:28am
d