arena

Pemain Lokomotiv meninggal dunia ketika latihan

Oleh AFP

PEMAIN pertahanan Lokomotiv Moscow, Innokentiy Samokhvalov meninggal dunia ketika menjalani sesi latihan bersendiri tatkala perintah berkurung susulan Covid-19, umum kelab Russia itu hari ini.

"Dia berasa kurang sihat ketika sesi latihan individu, punca sebenar kematian masih lagi dalam siasatan," menurut kenyataan Lokomotiv.

"Dia seorang lelaki yang berhati mulia dan kawan yang baik. Ia adalah berita yang sangat menyedihkan buat seluruh keluarga kami."

Samokhvalov, 22, tiba di Lokomotiv pada 2015 namun belum pernah melakukan penampilan di Liga Perdana Russia.

Dia kini beraksi untuk pasukan simpanan Lokomotiv, Kazanka dalam liga divisyen tiga Russia.

Jurulatihnya di Kazanka, Alexander Grishin, berkata Samokhvalov disyaki mengalami kegagalan jantung.

Disiarkan pada: April 21, 2020 @ 4:57pm
d