arena

Semangat 'ubi muda' skuad hoki negara [VIDEO]

BIARPUN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan pergerakan rakyat Malaysia dan perlu kekal duduk di rumah namun ia tidak memudarkan semangat Skuad Remaja Wanita Negara.

Kesemua pemain hoki remaja tetap gigih menjalani latihan sama ada yang ditetapkan oleh jurulatih atau inisiatif sendiri.

Menerusi klip video selama satu minit 33 saat yang dimuat naik di facebook Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) beberapa pemain remaja hoki negara gigih menjalani latihan.

Tidak cukup dengan mempamerkan skil kawalan bola menggunakan kayu hoki, ada di antara mereka turut memanfaatkan barang terpakai seperti tayar kenderaan, tong minum, bata, kayu dan sebagainya untuk membantu dalam melakukan senaman.

Malah difahamkan latihan mereka turut dipantau jurulatih yang menetapkan tahap kecergasan yang diperlukan oleh pemain berkenaan.

Semangat dan kegigihan dalam menjalani latihan ketika tempoh PKP tanpa mengenal erti putus asa dipamerkan barisan muda negara ini.

Disiarkan pada: April 21, 2020 @ 10:02pm
d