arena

Pogba bagi ibu 'bola kangkang' [VIDEO]

Oleh Agensi

BINTANG Manchester United dan Perancis, Paul Pogba pernah dilabelkan ‘anak emak’ kerana keakraban dua beranak itu.

Dalam klip video disiarkan di media sosial peribadi milik pemain tengah itu, Pogba menunjukkan dia begitu rapat dengan ibunya, Yeo Moriba sehingga sering berkongsi gurau tawa bersama.

Video dengan durasi tiga minit lebih itu turut memperlihatkan bagaimana Pogba dan ibunya mempamerkan skil bola sepak.

Pogba secara bergurau turut melakukan ‘bola kangkang’ atau ‘ole’ kepada ibunya diiringi gelak tawa daripada dua beranak itu.

Malah Pogba mengakui ibunya adalah rakan rapatnya ketika dia berkongsi kesenangan dan pelbagai kesusahan bersama ibunya itu.

Disiarkan pada: April 21, 2020 @ 11:57pm
d