arena

Giliran Watford pula berkorban

Oleh AFP

WATFORD menjadi kelab terbaharu Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bersetuju dengan pelan penangguhan gaji bersama pemain bagi membantu mengurangkan krisis ekonomi disebabkan pandemik Covid-19.

Southampton, West Ham dan Sheffield United juga bersetuju dengan penangguhan itu, manakala pemain Arsenal bersetuju potongan 12.5 peratus gaji selama setahun.

EPL bimbang kegagalan menamatkan saingan musim ini akan menyebabkan kelab bakal kerugian kira-kira satu bilion pound (RM5.38 bilion).

“Ia menunjukkan kita bersatu yang kami tahu penyokong dan komuniti Watford yang lebih luas akan menghargainya, dan menunjukkan kesedaran diperlukan setiap orang untuk saling bekerjasama dalam tempoh mencabar ini,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Watford, Scott Duxbury.

“Kami bangga pemain mengambil langkah ini. Mereka sedar perlu memainkan peranan dan tidak teragak-agak mengambil keputusan untuk kebaikan keseluruhan kelab.”

Skuad Hornets menduduki tangga ke-17 EPL, di luar zon penyingkiran berdasarkan perbezaan gol apabila perlawanan ditangguhkan kerana krisis kesihatan umum.

Disiarkan pada: April 23, 2020 @ 12:44pm
d