arena

Mana boleh tangguh lagi - Mori

Oleh AFP

TEMASYA Sukan Olimpik 2020 tidak boleh ditangguhkan lagi selepas ia ditunda dalam tempoh setahun berikutan pandemik Covid-19.

Presiden Tokyo 2020, Yoshiro Mori berkata, tidak akan ada lagi ruang untuk menangguhkan temasya itu selain tarikh baru yang ditetapkan pada 23 Julai 2021.

"Saya juga memikirkan mengenai atlet dan pengurusan temasya itu, ia sangat sukar untuk menangguhkan sehingga dua tahun," kata Mori.

Mori berkata, pada awalnya beliau sudah bertanyakan kepada Perdana Menteri, Shinzo Abe sama ada Jepun menimbang menangguhkan temasya ini dua tahun namun perdana menteri membuat keputusan hanya setahun.

Selepas mendapat tekanan tinggi dari atlet dan badan sukan, penganjur dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bersetuju Mac lalu untuk menangguhkan temasya itu dalam tempoh setahun.

Penganjur berkata, penangguhan OIimpik berpeluang untuk seluruh dunia memerangi Covid-19 namun persoalan timbul sama ada tempoh berkenaan mencukupi.

Awal minggu ini, pakar Jepun mengkritik negara berkenaan beliau tidak yakin Olimpik yang ditangguhkan akan berlangsung pada 2021.

"Sejujurnya, saya tidak rasa Olimpik akan diadakan tahun depan," kata Kentaro Iwata iaitu profesor penyakit berjangkit Universiti Kobe.

Disiarkan pada: April 23, 2020 @ 3:25pm
d