arena

Cuti tidak sengaja hilangkan tekanan Rice

Oleh AFP

DECLAN Rice berkata apa yang 'baik' mengenai penularan wabak Covid-19 ialah dia setidak-tidaknya dia dapat menghilangkan tekanan memikirkan mengeanai West Ham yang bergelut di zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Hammers sekarang ini berada di atas tiga pasukan terbawah dengan hanya dibezakan dengan jumlah gol tatkala berbaki sembilan perlawanan lagi sebelum saingan ditangguhkan bulan lepas akibat pandemik berkenaan.

Pemain tengah England itu berkata, walaupun dia sangat merindui rakan sepasukannya di London timur itu namun sekurang-kurangnya ada sedikit kelebihan disebabkan rehat yang tidak dijangka itu.

"Ia sangat sukar kerana saya selalu berjumpa dengan rakan sepasukan dan keluar bersama-sama, jadi ia membuatkan saya berasa sangat pelik.

"Salah satu yanng bagus ialah mengenai kedudukan kami di West Ham, saya tidak berasa tertekan untuk keluar bermain dan mendapatkan tiga mata setiap minggu.

"Ia sangat bagus jika kita melihayt dari sudut tekanan tapi kami sebenarnya kalau boleh mahu beraksi sekarang," katanya.

Semalam menyaksikan liga Belanda, Eredivisie menjadi saingan pertama di Eropah membatalkan aksi musim ini berikutan Covid-19.

Ia menyebabkan tidak ada juara dari liga berkenaan selepas Ajax dan AZ Alkmaar terikat mata di tangga teratas dan tidak ada pasukan yang tersingkir.

Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 12:22am
d