arena

Pemain Arsenal dibenarkan kembali ke padang latihan

Oleh AFP

SKUAD Arsenal akan dibenarkan kembali ke padang latihan bermula minggu depan, sekalipun kelab berkenaan menegaskan bahawa mereka akan mengikut garis panduan ditetapkan kerajaan Britain untuk memerangi pandemik Covid-19.

Barisan pemain Liga Perdana itu akan diberikan kebenaran untuk berlatih di padang tetapi berdasarkan peraturan ketat mengenai penjarakan sosial.

"Pemain akan diberikan kebenaran untuk mengadakan latihan di padang latihan kami di London Colney minggu depan," kata jurucakap kelab.

"Kebenaran adalah terhad, pengurusan berhati-hati dan penjarakan sosial akan dikekalkan sepanjang masa.

"Semua bangunan Colney akan terus ditutup. Pemain akan datang bersendirian, melakukan latihan sendiri dan pulang ke rumah."

Minggu ini menyaksikan Arsenal menjadi kelab Liga Perdana pertama bersetuju dengan pemotongan gaji kerana Covid-19 yang menyaksikan pemain dan pengurus mereka Mikel Arteta memotong gaji sehingga 12.5 peratus.

Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 9:05am
d