arena

Salihamidzic yakin Neuer kekal di Bayern

Oleh AFP

PENGARAH Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic berasa optimis ketua pasukan, Manuel Neuer akan memperbaharui kontrak untuk terus kekal di kelab berkenaan.

Menerusi temubual bersama Die Welt beliau menjelaskan semua masalah sudah diselasaikan secara peringkat dalaman.

"Jadi saya berharap kami dapat menyambung kontrak Manuel," kata Salihamidzic berikutan kontrak penjaga gol Bayern itu akan berakhir pada Jun 2021.

Sebelum ini perbincangan antara Bayern dan penjaga gol yang beraksi sebanyak 92 kali bersama Jerman itu hampir menemui titik noktah pada pertengahan April lalu.

Ini disebabkan Neuer tidak berpuas hati dengan maklumat perbincangan kontrak baru terlepas ke tangan media.

"Sejak tidak ada apa yang bocor selepas itu, saya rasa sekarang perkara ini akan diteruskan seperti biasa," kata Salihamidzic.

Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 11:38pm
d