arena

Perdana Menteri Itali menangguhkan Serie A

Oleh AFP

PERDANA Menteri Itali, Giuseppe Conte menangguhkan keputusan memulakan kembali saingan bola sepak Serie A namun memberi lampu hijau buat atlet utama menyambung latihan dalam tempoh seminggu.

Conte mendedahkan perancangan teliti pertama bagaimana negara berkenaan bangkit daripada perintah berkurung yang menyasarkan bagi membendung penularan Covid-19 selepas ia mengakibatkan lebih 26,000 kematian di Itali dan 200,000 seluruh dunia.

Dia berkata atlet individu dibenarkan menyambung latihan pada 4 Mei.

Atlet berpasukan akan kembali berlatih pada 18 Mei.

Namun Conte tidak memberitahu bila Serie A mungkin boleh disambung selepas tergendala bermula 9 Mac lalu dengan pendahulu Juventus hanya satu mata mengatasi Lazio.

"Kejohanan berkenaan akan kembali bermula apabila ia selamat," kata Conte menerusi siaran televisyen.

Ketua bola sepak Itali bersetuju pada Khamis lalu menganjakkan penamat Serie A dari 30 Jun kepada 2 Ogos.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 27, 2020 @ 9:39am
    d