arena

Usah terburu-buru : Murray

Oleh AFP

ANDY Murray menegaskan acara tenis perlu dimulakan berperingkat ketika penganjur sukan itu mempertimbangkan untuk menyambung kembali aksi selepas Covid-19.

Jelajah lelaki ATP dan wanita WTA dihentikan sehingga sekurang-kurangnya 13 Julai kerana pandemik itu, ketika Wimbledon tahun ini dibatalkan.

Murray bekas pemain nombor satu dunia percaya tenis antara sukan terakhir yang akan menyambung semula saingan berikutan perlu menempuhi perjalanan yang panjang.

"Saya percaya semua pemain tenis mahu kembali bersaing dan beraksi secepat yang mungkin. Namun ketika ini ia bukan perkara penting." kata Murray.

"Pertama sekali, kita mahukan kehidupan yang normal kembali, hanya dibenarkan untuk keluar, berjumpa kawan, pergi ke restoran dan kebebasan anda seperti biasa.

"Malah diharapkan dari masa ke semasa, semua akan mula membenarkan melakukan perjalanan dan sukan juga akan kembali seperti biasa. Tapi saya tak dapat lihat ia akan berlaku dalam tempoh terdekat."

Murray percaya membendung virus berkenaan lebih menjadi keutamaan sebelum acara tenis dapat kembali dimulakan.

Buat masa ini Terbuka AS dan Terbuka Perancis kedua-duanya dijadualkan berlangsung pada Ogos dan September tapi Murray berkata : "Perkara pertama adalah untuk mencuba dan kenal pasti untuk menghalang daripada virus berkenaan merebak.

"Jadi apabila kita berjaya melakukannya kita boleh melakukan perkara normal lain yang semua orang lakukan berbanding bersaing dalam sukan.

Disiarkan pada: April 29, 2020 @ 12:05pm
d