arena

Pemain Serie A sedia kembali jalani latihan

Oleh AFP

PEMAIN daripada beberapa kelab bola sepak Itali meneruskan latihan individu ketika Itali kembali dalam fasa pemulihan selepas pandemik Covid-19.

Kerajaan Itali didesak sejak beberapa minggu lalu daripada segelintir pihak mengenai aktiviti yang mula dibenarkan oleh pemerintah apabila negara itu berusaha memulihkan ekonomi dalam menjalani kehidupan normal selepas perintah berkurung ditarik pada Isnin.

Perdana Menteri, Giuseppe Conte menarik arahan duduk di rumah kepada rakyat Itali dan membenarkan restoran untuk meneruskan perkhidmatan bawa balik minggu depan.

Namun Conte menunda pengumuman untuk memulakan musim Serie A kerana kebimbangan terhadap wabak yang menyebabkan 28,710 maut di Itali - kedua tertinggi daripada Amerika Syarikat.

Conte hanya membenarkan kelab menyambung latihan pasukan pada 18 Mei ini. Beberapa daerah yang berjaya mengatasi penularan wabak berkenaan akan menggunakan ruang untuk pemain individu memulakan latihan pada Isnin.

Ia agak menjejaskan persiapan pasukan seperti Napoli di selatan dan tengah Emilia-Romagna serta sekitar Bologna dan Parma.

Pasukan berpangkalan di Rome, Lazio turut melaungkan perancangan untuk menyambung latihan individu di pusat sukan kelab berkenaan.

Namun syarat yang diedarkan oleh Sassuolo jelas bahawa tiada di antara jurulatih atau kakitangan lain akan terbabit dalam sesi itu.

Latihan dijalankan tidak lebih enam pemain dalam padang terbuka pada satu-satu masa dibenarkan dan mereka tidak ditegah menggunakan bilik persalinan sebagai langkah mengurangkan risiko penularan wabak.

Hampir semua kelab Serie A memutuskan pada Jumaat lalu untuk menamatkan musim 2019-20 selepas ia ditangguhkan sejak 9 Mac lalu dengan Juventus mendahului Lazio menerusi perbezaan satu mata.

Tetapi Menteri Sukan, Vincenzo Spadafora menyatakan minggu ini bahawa peluang untuk memulakan kembali saingan bola sepak agak sukar.

Disiarkan pada: May 3, 2020 @ 9:10am
d