arena

Beaumont dilantik semula sebagai 'bos' ragbi

Oleh Agensi

BEKAS kapten England, Sir Bill Beaumont dilantik semula sebagai pengerusi Ragbi Dunia untuk tempoh empat tahun lagi.

Beaumont, 68, mengalahkan bekas timbalannya, bekas kapten kebangsaan Argentina, Agustin Pichot, dengan 28 undi berbanding lawan yang hanya memperoleh 23 undi.

Presiden Ragbi Perancis, Bernard Laporte pula dipilih sebagai naib pengerusi.

"Saya sangat berbesar hati menerima mandat daripada ahli majlis Ragbi Dunia untuk berkhidmat sebagai pengerusi persekutuan antarabangsa sekali lagi," kata Beaumont.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada persatuan dan rakan-rakan persatuan, ahli yang terdiri daripada keluarga ragbi dunia dan tentunya keluarga saya yang memberi sokongan penuh.

"Saya berterima kasih kepada Gus yang mempunyai semangat setia kawan dan sokongan sejak empat tahun lalu.

Ketika kami bersaing antara satu sama lain dalam kempen ini, kami mengambil langkah wajar dalam banyak cara, dan saya sangat menghormatinya. Gus sangat mencintai sukan ini dan sumbangan besarnya cukup ketara."

Beaumont kali pertama dilantik presiden pada Julai 2016 selepas menggantikan Bernard Lapasset.

Pemilihan semulanya akan diumumkan pada mesyuarat tahunan ahli majlis Ragbi Dunia pada 12 Mei, selepas penggal baharu dia mengambil alih tugas itu bermula.

Disiarkan pada: May 3, 2020 @ 9:32am
d