arena

Bundesliga terus mendapat sokongan sambung aksi

Oleh AFP

MENTERI Dalam Negeri dan Sukan Jerman, Horst Seehofer menyokong penyambungan semula saingan bola sepak di negara berkenaan walaupun sedang berdepan pandemik Covid-19.

"Saya merasakan jadual yang dicadangkan oleh liga Jerman masuk akal dan saya sokong saingan dimulakan semula bulan ini," kata Seehofer kepada akhbar Bild.

Liga Bolasepak Jerman (DFL) dijangka akan kembali meneruskan saingan tanpa penonton sekitar pertengahan Mei, sekali gus akan menjadi kejohanan utama pertama di Eropah memulakan langkah.

Seehofer, yang memainkan peranan penting dalam kerajaan bagi isu ini kerana memegang beberapa portfolio, sudah menekankan bahawa pasukan dan pemain harus mematuhi beberapa peraturan ditetapkan.

"Jika ada kes Covid-19 dalam pasukan atau pengurusan, kelab berkenaan secara keseluruhan dan juga pasukan lawan yang bertemu mereka buat kali terakhir harus dikuarantin selama dua minggu.

"Oleh itu akan ada risiko mengenai jadual perlawanan dan klasifikasi," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kelab tidak akan mendapat keistimewan ujian khas.

Beberapa pendapat mengatakan kelab harus melakukan ujian yang kerap terhadap pemain.

Disiarkan pada: May 3, 2020 @ 10:38pm
d