arena

Neville selar kelab EPL penakut

Oleh AFP

GARY Neville menuduh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) 'takut mati' untuk menyokong secara terbuka perancangan menyambung semula saingan liga musim ini.

Pemegang taruh EPL mengadakan mesyuarat Jumaat lalu untuk berdebat bagaimana menghabiskan saingan musim ini, dengan ada laporan menyatakan sesetengah kelab mahu liga dimansuhkan berikutan pandemik Covid-19 dan ada pula mahu ia diteruskan.

Bekas pertahanan Manchester United itu percaya kelab tidak mahu bertanggungjawab jika ada pemain jatuh sakit disebabkan Covid-19 sekiranya saingan musim ini bersambung.

Liga Perancis dan Belanda mengambil keputusan membatalkan saingan berikutan krisis kesihatan ini dan EPL meletakkan sasaran untuk bersambung semula Jun depan.

"EPL mengalami mimpi buruk. Mereka sentiasa menekan kesihatan menjadi keutamaan tapi terus menerangkan bahawa saingan harus diteruskan.

"Saya akan menghormati mereka jika mereka berkata mahu mengambil risiko kesihatan dan salah satu perkara yang harus mereka terima. Tapi tidak, mereka seolah-olah takut seperti hendak mati," katanya dalam Twitter.

Salah seorang pengikutnya di Twitter bertanyakan kepadanya jika ada seseorang meninggal dunia akibat penyambungan semula saingan.

"Jadi buat apa pengerusi, pemilik, eksekutif kelab asyik buka mulut kita harus memulakan saingan. Terangkan, takut mati adalah sesuatu yang harus dipersalahkan," katanya menjawab persoalan berkenaan.

Neville hanya menghormati Brighton yang satu-satunya pasukan berani tampil mengeluarkan kenyataan umum.

Brighton mengadakan sidang media secara virtual dengan Ketua Eksekutif, Paul Barber tampil dengan idea menamatkan saingan di gelanggang neutral.

Disiarkan pada: May 3, 2020 @ 11:10pm
d