arena

Pembatalan Liga Belgium tangguh lagi

Oleh AFP

LIGA Pro Belgium mengumumkan penangguhan mesyuarat yang bakal menentukan sama ada akan menamatkan saingan musim ini kerana pandemik Covid-19 buat kali ketiga.

"Majlis Pengarah Liga Profesional hari ini mengambil keputusan untuk menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dari 4 Mei hingga 15 Mei," menurut jurucakap liga itu dalam satu kenyataan.

Ahli lembaga pengarah bagi Liga Pro mencadangkan pada 2 April supaya liga diisytiharkan berakhir, namun ia memerlukan pengesahan daripada mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat pertama dijadualkan pada 15 April tetapi ditangguhkan sehingga 24 April dan kemudian semalam sebelum ditangguhkan lagi selama 11 hari.

Liga berkenaan berkata, kelab yang kebanyakannya memilih untuk menamatkan liga, kini menanti nasihat daripada Majlis Keselamatan Kebangsaan Belgium sebelum membuat keputusan akhir.

Disiarkan pada: May 4, 2020 @ 7:38am
d