arena

Stokes sempurnakan maraton amal di halaman rumah

Oleh AFP

ATLET serba boleh England, Ben Stokes berjaya menyempurnakan larian separuh maraton bagi mengumpul wang untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain.

Pemenang Piala Dunia, Stokes menamatkan larian dalam masa satu jam dan 39 minit serta akan mendermakan wang yang terkumpul kepada saluran NHS Charities Together dan Badan Amal Kriket Kanak-Kanak : 'Chance to Shine' berikutan pandemik Covid-19.

Stokes yang melengkapkan larian berhampiran kediamannya di Timur Laut, England, menyeru peminat mendermakan kepada halaman pengumpulan dana diilhamkan tiga pemain amatur kriket yang turut berlari acara maraton di laman belakang rumah mereka.

Selepas menamatkan larian, dalam video yang disiarkan menerusi saluran media sosial, Stoke pemain kriket berusia 28 tahun berkata : "Ia adalah sangat sukar! Tolonglah derma jika boleh, ini semua untuk sesuatu yang baik - 'NHS Charities Together dan Chance to Shine.'

Ketua Eksekutif di Chance to Shine, Laura Cordingley berkata, "Usaha yang dilakukan Ben dan sokongan yang diberikan sangat menakjubkan.

"Saya pasti dia mampu mengumpul jumlah yang besar bersandarkan namanya namun untuk menjadi tulang belakang kepada halaman pengumpulan derma kami adalah sesuatu tanda yang luar biasa."

Disiarkan pada: May 6, 2020 @ 10:10am
d