arena

United timbang tukar Ramsey, Pogba

Oleh Agensi

MANCHESTER United dilaporkan bersedia menandatangani pemain tengah Juventus, Aaron Ramsey sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran untuk Paul Pogba.

Dengan berbaki satu tahun kontraknya, Pogba kemungkinan dibenarkan meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan akan datang, yang juga tempoh empat tahun selepas tiba dari Juventus.

Gergasi Itali berkenaan sudah sekian lama dikaitkan untuk bergabung semula dengan pemain tengah yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis itu, dengan syarat mereka dapat mencapai persetujuan kewangan.

Menurut Calciomercato, Ramsey mungkin dijadikan sebagai 'umpan' dalam perjanjian itu selepas beraksi dalam kempen musim pertamanya di Turin.

Kecederaan yang dialami Ramsey pemain berusia 29 tahun menyebabkan dia hanya melakukan 11 penampilan dalam kesebelasan utama dan sembilan sebagai pemain gantian di Serie A serta Liga Juara-Juara.

Di sebalik implikasi kewangan berikutan pandemik Covid-19, United dijangka menerima yuran pelepasan daripada Juventus jika kelab itu berhajat memberi peluang kepada Pogba untuk kemunculan buat kali keduanya di kelab Itali itu.

Disiarkan pada: May 6, 2020 @ 10:58am
d