arena

Tiga pemain Fiorentina positif Covid-19

Oleh AFP

TIGA pemain Fiorentina dan tiga staf kelab berkenaan diuji positif Covid-19, jelas Serie A dalam pengumuman semalam.

"Selepas pemeriksaan di makmal tengah hari semalam (kelmarin), Fiorentina mengumumkan tiga pemain dan tiga staf teknikal kesihatan diuji positif Covid-19.

"Kelab sudah melakukan perkara mengikut protokol termasuklah mengasingkan mereka," kata kelab dari Tuscany itu.

Kelab Serie A sedang melakukan ujian kepada semua ahli pasukan dan staf sebagai persediaan untuk kembali menggunakan kemudahan latihan minggu ini bagi sesi individu.

Fiorentina menambah, baki sebahagian lagi pasukan mereka akan menjalani ujian hari ini sebagai persiapan bagi memulakan latihan.

Tiga pemain Viola, Patrick Cutrone, German Pezzella dan Dusan Vlahovic juga diuji positif Covid-19 Mac lalu namun ketiga-tiganya sudah sembuh.

Kelmarin, Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) bertemu dengan Jawatankuasa Teknikal Saintifik kerajaan untuk membincangkan protokol kesihatan harus diadakan apabila bermulanya latihan berpasukan 18 Mei

Disiarkan pada: May 8, 2020 @ 2:23pm
d