arena

CFG melebar sayap ke Amerika Selatan

Oleh AFP

KUMPULAN Bolasepak City (CFG) mengumumkan semalam Uruguay bakal menjadi lokasi keempat mereka untuk menubuhkan pusat latihan utama.

Selain kemudahan di Manchester City, kumpulan yang ditubuhkan Sheikh Mansour itu, bakal melengkapkan satu lagi projek yang sama seperti dilakukannya bersama pasukan New York City FC dan Melbourne City.

Sekarang CFG, yang juga memegang beberapa kelab lain di seluruh dunia, menyatakan perancangan mereka untuk membina kampus baru menjelang 2021 dengan menyasarkan skuad utama, remaja, staf pasukan dan projek yayasan komuniti pasukan Montevideo City Torque.

Walaupun wabak Covid-19 memberi kesan kepada semua pasukan bola sepak utama namun Ketua Eksekutif CFG, Ferran Soriano berasa bangga dengan pelaburan terbaru mereka di Uruguay.

"Dengan kemudahan berkualiti tinggi, bersama barisan kejurulatihan terbaik, ia akan membantu kami mengembangkan lagi cara permainan CFG. Dalam masa sama ia bertujuan untuk mempromosikan latihan dan pembangunan akar umbi bola sepak Uruguay serta seluruh Amerika Selatan," katanya.

Disiarkan pada: May 8, 2020 @ 3:10pm
d