arena

Morgan selamat lahirkan anak pertama

Oleh AFP

JUARA Piala Dunia wanita sebanyak dua kali, Alex Morgan dan suaminya, Servando Carrasco menimang cahaya mata selepas mengumumkan kehadiran bayi perempuan, Charlie Elena Carrasco semalam.

Morgan memuatnaik di laman sosial, Twitter bahawa anaknya itu dilahirkan Khamis lalu.

"Dia membuatkan kami menunggu lama dari yang dijangkakan tapi saya tahu dia mempunyai caranya sendiri," kata Morgan.

Morgan, 30, dijangkakan melahirkan bayi itu bulan lalu dan memberitahu ABC's "Good Morning America" Isnin lalu berharap mampu melahirkan kandungannya dalam tempoh minggu ini.

Dia yang meraih pingat emas Olimpik bersama skuad wanita Amerika Syarikat, mengumumkan dia mengandung Oktober lalu, tatkala ketika itu dia berkata masih lagi berminat untuk bermain bersama negaranya di Olimpik Tokyo 2020

Morgan ada melakukan latihan ringan bersama skuad kebangsaan wanita Februari lalu namun pengumuman penangguhan Olimpik Tokyo disebabkan Covid-19 membolehkannya mempunyai banyak masa melakukan persediaan.

Carrasco, 31, beraksi buat kali kesembilan dalam saingan Liga Utama Amerika Syarikat tahun ini bersama Los Angeles Galaxy.

Disiarkan pada: May 10, 2020 @ 11:07am
d