arena

Van Dijk antara pertahanan terbaik EPL

Oleh Agensi

LEGENDA Manchester City, Vincent Kompany memuji Virgil van Dijk sebagai antara pemain pertahanan terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pertahanan Belanda itu mengubah barisan pertahanan Liverpool sejak penyertaannya bernilai £75 juta (RM403 juta) dari Southampton pada 2018.

Kehadiran Van Dijk membantu barisan kendalian Jurgen Klopp memenangi Liga Juara-Juara ketika skuad itu juga dijangka menjulang kejuaraan Liga Perdana buat pertama kali sejak 1990.

Malah Kompany yang memenangi 10 kejuaraan utama ketika beraksi di Etihad percaya ada sebab mengapa Van Dijk dilihat antara pertahanan terbaik.

Katanya : "Saya akan memilih Virgil van Dijk bagi pertahanan terbaik dalam sejarah Liga Perdana.

"Ia mungkin pilihan pelik, kerana dia tidak berada di gelanggang sama lebih lama dikalangan pemain seperti Terry dan Ferdinand.

"Mereka sudah beraksi dalam liga sejak sekian lama, tetapi persembahan yang diberikan Van Dijk pada beberapa musim kebelakangan ini agak jelas jika dia berada di situasi yang tepat, dia mungkin mempunyai masa depan cerah.

"Dia melakukan perubahan besar buat pasukannya. Pemain pertahanan tidak pernah beraksi sendirian, ia adalah mengenai komunikasinya bersama rakan sepasukan dan bagaimana anda menjadikan pasukan anda lebih kuat.

"Sebelum kemunculan Van Dijk barisan pertahanan Liverpool berbeza begitu juga selepas kehadirannya memang perbezaannya sangat ketara.

"Disebabkan itu saya memilihnya sebagai pertahanan terbaik di Liga Perdana.

Tonggak Liverpool, James Milner pernah beraksi bersama kedua-dua pertahanan berkenaan dan menerangkan Van Dijk sebagai pemain yang mempunyai kualiti tersendiri.

Ketika ditanya mengenakan perbandingan antara dua pertahanan tengah itu, Milner berkata : "Mereka berdua pemain yang hebat... "Anda selalunya melihat kepada punca sebarang kejayaan dalam pasukan dan ia bermula dengan ketua di barisan belakang pasukan."

Disiarkan pada: May 11, 2020 @ 9:12am
d