arena

Pemain Cagliari dermakan gaji bantu pasukan

Oleh AFP

KELAB liga utama Itali, Cagliari mengumumkan semalam bahawa skuad utama mereka bersetuju melepaskan gaji pada bulan April.

Presiden kelab, Tommaso Giulini berterima kasih kepada pemain kerana kerelaan mereka untuk membantu melindungi kelab itu dalam berdepan situasi dan tempoh yang sukar diramalkan berkenaan.

"Seperti yang diminta oleh penandatangan dokumen, transaksi ini akan menyumbang kepada pengurangan pemberhentian pekerja kelab secara drastik," tambah kelab Sardinian itu.

Pemain di pasukan Serie A termasuk Juventus, Roma dan Parma sudah bersetuju untuk melakukan pemotongan gaji ketika pandemik Covid-19 yang membunuh hampir 31,000 di Itali.

Tiada aksi bola sepak berlangsung di Itali hampir dua bulan namun latihan berpasukan dijangka bersambung pada 18 Mei ini.

Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 8:24am
d