arena

Mourinho mahu EPL segera disambung

Oleh AFP

PENGURUS Tottenham, Jose Mourinho mengakui cukup terdesak untuk menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung.

Beberapa pemain bintang termasuk Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Danny Rose meluahkan kebimbangan mengenai langkah untuk menyambung semula liga ketika pandemik Covid-19 masih belum reda.

Beberapa pengurusan kelab juga difahamkan menyuarakan kebimbangan mengenai rancangan untuk aksi liga bersambung pertengahan Jun ketika mesyuarat Persatuan Pengurus Liga, semalam.

Mourinho bagaimanapun berkata, dia mahu kembali bekerja di sebalik cabaran dan risiko akibat pandemik Covid-19.

"Saya tak minta untuk penangguhan. Saya mahu menjalani latihan dan amat terdesak mengharapkan Liga Perdana kembali bersambung secepat mungkin selepas segala-galanya disahkan selamat.

"Kita sudah menyaksikan liga di negara lain juga akan bersambung," katanya.

Mourinho diminta mengemukakan permohonan maaf pada April lalu selepas didapati melanggar arahan perintah berkurung apabila menjalani latihan bersama pemain tengah, Tanguy Ndombele di kawasan awam.

Disiarkan pada: May 14, 2020 @ 10:11pm
d