arena

Ronaldo pun kagum aksi Messi

Oleh Agensi

CRISTIANO Ronaldo mengakui amat mengagumi Lionel Messi selepas bintang Barcelona itu kekal mempamer aksi konsisten di atas padang.

Kedua-dua bintang itu sering bertembung di atas padang dan dilabel sebagai dua pemain terbaik dunia sepanjang zaman.

Bagaimanapun Ronaldo, 35, menolak tanggapan bahawa dia serta Messi turut bermusuh ketika di luar padang.

Bercakap kepada RMC Sport, penyerang Portugal itu berkata, Messi turut mempunyai pandangan sama berhubung perseteruan antara mereka berdua dan merindui Ronaldo selepas meninggalkan Real Madrid pada 2018.

"Saya sangat kagum dengan perjalanan kariernya setakat ini.

"Messi pernah berkata dia berdepan masalah apabila saya meninggalkan liga Sepanyol kerana dia menghargai perseteruan antara kami berdua.

"Ia adalah perseteruan yang wujud dalam bola sepak sepertimana Michael Jordan mempunyai pesaing dalam bola keranjang, Ayrton Senna dan Alain Prost pula bersaing di saingan Formula Satu (F1)," katanya.

Disiarkan pada: May 14, 2020 @ 11:00pm
d