arena

ATP, WTA batalkan 12 kejohanan

Oleh AFP

PANDEMIK Covid-19 terus menghantui aksi tenis antarabangsa apabila ATP membatalkan lapan lagi kejohanan dan WTA pula melakukan perkara sama membabitkan empat saingan.

Wimbledon, yang sebelum ini dijangka berakhir pada 12 Julai sudah pun dibatalkan.

ATP yang menjalankan saingan jelajah lelaki, tidak akan menganjurkan sebarang kejohanan sehingga minggu pertama Ogos di Washington.

Mereka sudah membatalkan kejohanan yang dijangka dilangsungkan pada Julai iaitu di Bastad, Hamburg dan Newport, Rhode Island, begitu juga di Los Cabos di Mexico, Gstaad, Umag, Atlanta serta Kitzbuehel di Austria.

"Penangguhan kejohanan juga membabitkan Cabaran Jelajah ATP dan Jelajah Tenis Dunia ITF, jelas ATP dalam laman web rasmi.

Jurucakap WTA berkata, saingan di Bastad, Lausanne, Bucharest dan Jurmala di Latvia juga tidak akan diadakan berikutan Covid-19.

Bagaimanapun, kejohanan WTA di Palermo dari 20 hingga 26 Julai dan di Karlsruhe, Jerman (28 Julai-2 Ogos akan berjalan seperti biasa.

Disiarkan pada: May 16, 2020 @ 12:31am
d