arena

Peminat setia Dortmund akur

Oleh AFP

NICOLE Bartelt boleh dianggap sebagai peminat setia Borussia Dortmund selepas hanya dua kali gagal memberikan sokongan kepada kelab berkenaan di gelanggang sendiri sejak 2008.

Bagaimanapun, selepas Bundesliga bersambung semula semalam selepas dua bulan ditangguhkan akibat Covid-19, dia berusaha untuk tidak menjejak kaki di tempat duduk penyokong.

Lagi pun, Bartelt, 44, memang tidak merungut apabila aksi sejiran menentang Schalke diadakan tanpa kehadiran peminat.

"Ia lebih baik untuk mengadakan 'perlawanan hantu' bagi mengurangkan pandemik ini seterusnya memikiki tahap kesihatan lebih baik

"Walaupun kami benci Schalke, aksi semusim tanpa perlawanan sejiran ibarat makanan tanpa perencah,"kata Bartelt, yang memakai jersi hitam Dortmund dan menuju ke rumah kawannya untuk menonton perlawanan semalam.

Sementara itu, Marco Perz, 45, yang menjadi penyokong setia Dortmund sejak 1987, juga terpaksa memberi sokongan di kaca televisyen bersama rakan-rakannya.

"Ia sangat menyedihkan perlawanan di stadium kosong tapi ia lebih baik daripada tidak ada langsug. Lagi kerap kita mengamalkan tahap kebersihan lagi cepat kita akan kembali kepada kehidupan normal," kata Perz.

Suasana di Dortmund memang jauh beza berbanding sebelum ini apabila ia sunyi sepi tanpa kehadiran penyokong.

Disiarkan pada: May 17, 2020 @ 10:22am
d