arena

Menteri pertahan Ligue 1 ditamatkan

Oleh AFP

PERANCIS melakukan keputusan tepat menamatkan saingan bola sepak musim ini, jelas menteri sukan negara berkenaan semalam, walaupun timbul tanda tanya mengapa mereka tidak melakukan seperti Bundesliga yang menyambung saingan ketika pandemik Covid-19 masih belum reda.

"Ia sangat penting buat saya untuk memberi keutamaan kepada kesihatan dan tahap psikologi atlet berbanding masalah ekonomi, seperti mana yang dititikberatkan negara lain," kata Roxana Maracineanu.

Ketika saingan Liga Perancis sudah pun ditamatkan lebih awal dengan Paris Saint-Germain muncul juara, Bundesliga pula baru saja bersambung Sabtu lalu dalam aksi tanpa penonton.

"Setiap negara berdepan masalah Covid-19 dalam keadaan yang berbeza," kata Maracineanu, yang melihat Jerman menggunakan sistem federal, di mana wilayah boleh membuat keputusan mereka sendiri sama ada ingin mmbuka semula sekolah atau meneruskan saingan sukan.

Selain keadaan yang tidak sama di Jerman dan Perancis, menteri berkenaan juga mempersoalkan mengenai keadilan jika saingan peringkat Eropah diadakan semula terutamanya Liga Juara-Juara, tatkala PSG sudah mara ke suku akhir, manakala Lyon masih lagi mendahului 1-0 ke atas Juventus pada aksi pertama 16 terakhir.

"Ada yang mahu menyambung semula kejuaraan kerana ia disebabkan isu ekonomi selepas saya berbincang dengan rakan sejawat saya di beberapa negara utama Eropah," katanya.

"Dalam keadaan yang berlaku sekarang keputusan dibuat adalah disebabkan faktor kesihatan. Faktor kesihatan memang tidak boleh dipersoalkan," kata Maracineanu.

Pembatalan aksi Ligue 1 menimbulkan kemarahan kepada penggiat bola sepak di Perancis.

Presiden Lyon, Jean Michel Aulas, di mana kelabnya tidak berada dalam slot ke saingan Eropah ketika aksi berkenaan ditamatkankan sudah menfailkan dua tindakan undang-undang di mahkamah.

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 12:12pm
d