arena

Covid-19 hadiahkan kejuaraan kesembilan

Oleh AFP

CELTIC dinobatkan juara buat kali kesembilan berturut-turut semalam selepas saingan utama liga Scotland ditamatkan lebih awal berikutan krisis Covid-19.

Apa yang dicatatkan Celtic itu menyamai rekod yang pernah dilakukan Rangers iaitu muncul juara liga sembilan berturut-turut.

Prestasi terkini Celtic mengulangi pencapaian mereka ketika era 60-an dan 70-an, manakala Rangers pula berkuasa ketika era 90-an.

Celtic pernah tidak muncul juada liga selama 12 tahun sebelum kehadiran pengurus legenda, Jock Stein pada 1965.

Ketika Stein mengambil alih ia sentiasa dikenang peminat The Hoops apabila menjadi kelab British pertama muncul juara Piala Eropah pada 1967.

"Kehadiran beliau memberi kesan mendalam. Beliau menukar kami menjadi sebuah pasukan hebat dan ia bermula dari situ," kata Bobby Lennox salah seorang daripada tiga pemain yang meraih sembilan kejuaraan dari 1965 hingga 1974.

Bukan saja Piala Eropah, pada musim 1966/67 Celtic menyapu bersih kejuaraan liga, Piala Scotland dan Piala Glasgow.

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 3:20pm
d