arena

Aidil komited bersama Kedah

Oleh Izzali Ismail

KETUA Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak terus komited dan mahu kembali ke Kedah selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut pengendali skuad Lang Merah itu, perasan rindu suasana latihan dan berjumpa semua pemain serta barisan kejurulatihan Kedah memberi kesan kepada dirinya selepas lebih dua bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan.

"Saya merancang untuk pulang ke Kedah selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Singapura."

"Saya berharap mereka terus bersemangat menjalani rutin latihan secara biasa buat sementara waktu ini," kata Aidil yang turut menyambut baik berita kelulusan peruntukan gaji seterusnya sebanyak RM1.5 juta diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA Asmirul Anuar Aris dan dijangka akan dibayar dalam tempoh terdekat.

"Saya bersyukur dengan berita positif berkaitan kelulusan peruntukan gaji itu dan sebagai ketua jurulatih saya berharap semua pemain kini lebih bersemangat dan terus fokus menjalani latihan seperti yang dirancangkan."

"Saya bersama barisan kejurulatihan Kedah serta semua pemain sentiasa komited dalam mengekalkan tahap keupayaan pasukan di peringkat terbaik walaupun dalam keadaan Liga M yang terhenti ini."

"Saya berharap pengurusan baharu KFA yang bakal dilantik nanti akan terus memainkan peranan penting dalam usaha memaju dan meningkatkan nama pasukan Kedah dalam Liga M seterusnya." katanya.

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 5:44pm
d