arena

Messi tak mungkin tinggalkan Barcelona

Oleh Agensi

BEKAS presiden Inter, Massimo Moratti berkata Lionel Messi tidak akan meninggalkan Barcelona, ketika dia turut membincangkan masa depan bintang Nerazzurri, Lautaro Martinez.

Messi dikaitkan dengan Inter sejak Moratti memaklumkan usaha mendapatkan khidmat pemenang enam kali Ballon d'Or itu bukanlah 'impian terlarang'.

Bintang Barca itu masih mempunyai kontrak sehingga 2021 bersama juara La Liga berkenaan namun masa depannya sudah pasti terus kekal di Camp Nou, di mana dia juga tidak sehaluan dengan ahli lembaga kelab musim ini.

"Messi menjadi impian semua pasukan, namun dia tidak akan berpindah dari Barcelona. Dia masih pemain terbaik di sana," kata Moratti kepada Gr Parlamento.

Penyerang Inter, Martinez, dijanjikan untuk bersama rakan sepasukan Argentina, Messi di Barcelona.

Pemain yang turut dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan skuad penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Martinez meledak 16 gol dalam 31 perlawanan di semua pertandingan sebelum pandemik Covid-19 memaksa hampir semua acara sukan di seluruh dunia ditangguhkan atau dibatalkan.

"Semua bergantung kepadanya, saya membaca bahawa Barcelona membuat tawaran yang terlalu tinggi sehingga sukar Messi menolaknya," kata Moratti.

Disiarkan pada: May 19, 2020 @ 10:34pm
d