arena

Klopp yakin tanpa aura Anfield

Oleh AFP

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp percaya skuad kendaliannya mampu menyesuaikan diri jika beraksi tanpa penonton di Anfield jika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) disambung semula.

Pemain kelab EPL bersedia untuk kembali berlatih minggu ini selepas EPL yang mengadakan mesyuarat kelmarin membenarkan pasukan melalui peringkat pertama untuk kembali berlatih mengikut protokol ditetapkan.

Jika perlawanan musim ini akan disambung semula, setiap pasukan bakal beraksi di stadium tanpa penonton dan venue berkecuali.

Liverpool setakat ini mendahului 25 mata di tangga teratas sebelum saingan dihentikan.

Mereka sekarang ini hanya memerlukan dua kemenangan saja lagi bagi menamatkan penantian selama 30 tahun.

Bagaimanapun, selepas melihat saingan Bundesliga bersambung semula hujung minggu lalu, Klopp yakin anak buahnya mempunyai motivasi untuk beraksi tanpa penonton.

"Kejohanan ini akan menjadikan lebih berintensiti tinggi. Jadi ia bukan hanya sekadar, Liverpool hanya perlu menang dua perlawanan.

"Sebelum ia kembali bersambung memang kami perlu lagi dua kemenangan tapi sekarang bukan hanya dua tapi kami perlu menang.

"Malangnya kami perlu melakukannya, tanpa sokongan terbaik di dunia dan bantuan terhebat dalam tempoh yang sebenar di dunia, iaitu daripada penonton Anfield," katanya.

Disiarkan pada: May 20, 2020 @ 2:19pm
d