arena

Ronaldo tampil dengan gaya rambut baharu

Oleh Agensi

CRISTIANO Ronaldo bergaya dengan rambut barunya selepas Georgina Rodriguez membuat dandanan khas untuk pemain itu kembali semula ke sesi latihan di Juventus.

Bintang Portugal, 35, meluangkan tempoh perintah berkurung di negaranya di Madeira tetapi kini kembali ke Itali untuk bersedia menyambung semula aksi.

Kebanyakan pengendali Serie A berharap dapat kembali ke padang latihan pada 13 Jun ini.

Dan Ronaldo kelihatan tiba di pusat latihan Juventus menaiki sebuah Jeep Grand Cherokee hitam semalam untuk melapor diri menyertai latihan pasukan itu.

Berkongsi gambar di Instagram, Georgina memberitahu : "Saya suka membelai cinta hati saya. Petang ini saya mempraktikkan cara dandanan rambut yang mudah.

Ronaldo turut berkongsi gambarnya dengan gara rambut terbaru serta menunjukkan isyarat bagus dengan dua ibu jarinya di padang latihan Juventus.

Pemenang lima kali Ballon d'Or berkata : "Apabila kita bersabar dan konsisten, kita akan temui jalan untuk mengatasi kesukaran #kembalikelandasan #jadibertanggungjawab."

Disiarkan pada: May 20, 2020 @ 8:57pm
d