arena

Rooney nak buat padang golf di rumah

Oleh Agensi

WAYNE Rooney merancang untuk mengubah kawasan tanah lapang miliknya kepada 'syurga' padang golf.

Bekas penyerang England itu mahu lubang penuh, padang dan kawasan putt di lapangan itu.

Bapa kepada empat anak yang berusia 34 tahun itu sudah pun mempunyai padang bola sepak di kawasan banglo berkeluasan 120 ekar di mana dia dan keluarganya tinggal di Cheshire.

Terdapat juga dua tasik untuk tujuan memancing di depan hartanah miliknya itu.

Satu sumber mendedahkan: "Rooney adalah peminat golf dan anak lelakinya yang paling tua juga menggemari sukan itu.

"Dia mempunyai kawasan lapang di tempat tinggalnya sekarang.

"Rooney mahu lapangan itu dilengkapi dengan lubang penuh, bunker, kawasan tasik dan pelbagai lagi.

Bekas bintang Manchester United itu yang kini beraksi di Deby, membeli hartanah itu dengan nilai £4.3 juta (RM22.8 juta).

Disiarkan pada: May 21, 2020 @ 11:48am
d