arena

Romantiknya Djokovic ketika melamar Jelena

Oleh Agensi

BINTANG tenis Serbia, Novak Djokovic mendedahkan bagaimana dia melamar isterinya, Jelena dan membuatkannya tergamam.

Dilaporkan, lamaran perkahwinan pasangan itu berlaku pada September 2013 dan pasangan itu mendaftar perkahwinan beberapa bulan kemudian pada Julai 2014.

"Dia fikirkan kami akan pergi memanjat gunung atau melakukan aktiviti seperti berkenaan tetapi kami bersama-sama menaiki belon udara.

"Saya mengatur satu lagi belon udara yang diterbangkan berhampiran belon kami dan apabila hampir kepada belon berkenaan, terpapar sebuah poster banner dengan perkataan 'sudikah kamu mengahwini saya' Djokovic mendedahkan kepada 'In Depth bersama Graham Bensinger, per Essentially Sports.

Djokovic dan Jelena mengimbau kisah mereka.

"Saya memberitahu adalah kita ditakdirkan untuk bertemu di atas belon udara dengan cara ini dan ia agak janggal sekali." kata Jelena.

Tambah Djokovic : "Ada juga situasi panik berlaku apabila belon berkenaan menurun ke bawah dan dia amat bimbang kerana terdapat lubang di belon terbabit.

Kemudian detik utama berlaku apabila Jelena berkata : "Dan belon berkenaan menurun ke bawah untuk membolehkan saya membacanya dengan perlahan sebelum kelihatan makin jelas.

"Saya seperti tidak menyangka adakah saya akan mengahwininya. Selain menganggap adakah ia iklan komersil? Adakah dia menjadi 'gila' pada 7:00 pagi?

Kenapa pula untuk komersil? Ia bukannya poster komersil dan dia sudahpun melutut ke bawah.

Pada penghujungnya, semua berakhir dengan sempurna dan Djokovic menyifatkan dia sangat gembira : "Dia kerap memberitahu saya, dia sangat mengenali saya disebabkan itu saya tidak boleh mengejutkannya.

Tapi saya sangat gembira saya berjaya mengejutkannya pada waktu yang sangat saya perlukan."

Disiarkan pada: May 21, 2020 @ 8:56pm
d