arena

Hazard boleh menang Ballon d'Or di Real Madrid

Oleh Agensi

EDEN Hazard boleh memenangi Ballon d'Or di Real Madrid menurut ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

Hazard berpindah dari Chelsea ke Madrid dengan nilai perpindahan luar biasa 100 juta Euro (RM477.52 juta) pada permulaan musim 2019-20 tapi bintang Belgium itu bergelut di Santiago Bernabeu.

Kecederaan dan masalah kecergasan membataskan Hazard untuk hanya melakukan 15 penampilan di ibu kota Sepanyol, di mana penyerang itu tidak beraksi sejak 22 Februari berikutan mengalami kecederaan sehingga penangguhan liga berikutan pandemik Covid-19.

Namun bos pasukan kebangsaan, Martinez - yang melanjutkan kontrak bersama Belgium semalam - menjangkakan sesuatu yang gemilang dari Hazard.

"Dia sememangnya boleh menang anugerah Ballon d'Or bersama Real Madrid, tidak boleh disangkal lagi," kata Martinez kepada Cadena Ser.

"Kadangkala ia terpaksa menempuhi permulaan sukar di kelab baru anda serta memberikan segalanya yang anda ada dan memahami makna sebenar bermain di kelab hebat seperti Real Madrid.

"Eden tidak pernah terlepas perlawanan, dia tercicir 18 perlawanan bersama Chelsea dalam lapan tahun dengan penuh tenang.

Perlawanan yang menyaksikan dia cedera berdepan Paris Saint-Germain kita telahpun nampak Eden dengan begitu seronok dalam bola sepak serta hubungan baik bersama rakan sepasukannya.

"Saya fikir peminat Real Madrid yakin bahawa dia akan membawa banyak kejayaan buat pasukan itu."

Disiarkan pada: May 21, 2020 @ 9:36pm
d