arena

Jersi City edisi 'koronavirus'

Oleh Agensi

PENYOKONG Manchester City melabelkan rekaan baharu jersi kelab itu seperti 'sel di bawah mikroskop' selepas ia bocor di media sosial.

Dalam persaingan memperkenalkan kit baru yang unik dan menarik, pengeluar menjadi semakin berani membuat rekaan pelik.

Namun jersi ketiga City yang sekali pandang juga seperti membawa tema muzik indie, menerima kritikan agak teruk.

Rekaan terbaharu itu nyata tidak meyakinkan penyokong City selepas melihat reaksi mereka di media sosial.

Salah seorang peminat City menulis: "Mengapa Puma merasakan ia adalah rekaan menarik sedangkan ia seperti gelas yang pecah dan sel di bawah mikroskop?

"Mendorong orang ramai untuk kurang membeli jersi anda adalah model perniagaan yang teruk."

Seorang lagi peminat menulis dengan ringkas tetapi cukup memeritkan apabila dia berkata: "Jersi edisi koronavirus."

Disiarkan pada: May 22, 2020 @ 9:23am
d