arena

Pochettino imbau kisah pelik dengan Mourinho

Oleh AFP

MAURICIO Pochettino mengakui semalam bahawa beliau gembira Jose Mourinho menggantikan tempatnya sebagai jurulatih Tottenham.

Mourinho mengambil alih November lalu walaupun Pochettino menikmati musim cemerlang selama lima tahun setengah di kelab London itu.

"Saya sangat gembira beliau berada di Tottenham, menggantikan saya," akui Pochettino yang sekarang ini sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Spurs apabila cutinya selama enam bulan sudah berakhir.

Ia membolehkan beliau bebas untuk mencari majikan baru yang tidak perlu risau mengenai pampasan.

"Sudah tentu saya gembira dengan cara kita meninggalkan kelab, dengan semua kemudahan di sini adalah yang terbaik di dunia.

"Apa yang pasti, beliau sangat berterima kasih dengan cara kami membantu membina kelab, di mana sekarang ini sudah menjadi kelab miliknya.

"Dengan Jose, kami sudah mengenali antara satu sama lain sudah lama," kata Pochettino yang mengimbas kembali bagaimana beliau dan Mourinho menjalin hubungan erat ketika menjadi seteru di Sepanyol.

Ketika Mourinho membimbing Real Madrid, Pochettino pula mengendalikan Espanyol dan mereka berdua membina hubungan baik.

"Beliau seorang jurulatih berkelas tinggi, dalam kehidupan tengok apa yang berlaku. Saya selalu memikirkan akan menggantikan tempatnya.

"Ketika beliau berada di Real Madrid, saya berkata, mungkin satu hari nanti aku mampu ganti tempat anda di Real Madrid, dan sekarang lihat bagaimana kehidupan berlaku. Beliau mengambil tugas saya di Tottenham, sukar dipercayai bukan," katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2020 @ 5:55pm
d