arena

Liverpool 'letih', hilang sabar dengan Mane

Oleh Agensi

LIVERPOOL dikatakan kecewa dengan khabar angin Sadio Mane berhijrah ke Real Madrid.

Itu yang dilaporkan oleh Defensa Central yang mendakwa kelab Anfield itu sudah hilang sabar dengan penyerang antarabangsa Senegal itu.

Laporan itu juga mendakwa, Liverpool sudah letih melayan khabar angin mengaitkan Mane ke Real dan pemain itu dikatakan mendorong peminatnya untuk mencetuskan lebih banyak khabar angin.

Kelab itu dikatakan lebih gemar jika Mane menjelaskan situasi sebenar bahawa dia tidak mahu meninggalkan Anfield untuk ke Real atau mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Liverpool pasti akan meletakkan harga yang tinggi untuk Mane jika Real mahu mendapatkannya dengan kelab geragasi Sepanyol itu juga berminat dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe.

Seperti dilaporkan oleh Le 10 Sport minggu ini, Zidane cukup berminat untuk mendapatkan Mane dan Real juga bersedia melabur pada pintu perpindahan pemain.

Namun Liverpool pasti akan cuba mempertahankan Mane daripada berhijrah ke kelab lain.

Disiarkan pada: May 23, 2020 @ 10:13pm
d