arena

Barca bersedia rugi jual Dembele

Oleh Agensi

BARCELONA dilaporkan bersedia untuk menjual Ousmane Dembele serendah £37 juta (RM196.42 juta) pada musim panas ini.

Pemain berusia 22 tahun yang bergelut dengan rentetan masalah kecederaan sejak menyertai juara Sepanyol itu dengan yuran sekitar £97 juta (RM514.94 juta) menjelang kempen 2017-18.

Pemain kebangsaan Perancis hanya tampil dalam sembilan perlawanan musim ini ketika kontraknya di Camp Nou dijangka tamat tidak lama lagi selepas beraksi dalam dua tahun.

Arsenal dan Manchester United dipercayai antara yang mengikuti rapat perkembangan pemain yang memenangi Piala Dunia 2018 ketika dua kelab Inggeris itu sedia meningkatkan tawaran terhadap pemain itu.

Menurut media Sepanyol, Barca bersedia menanggung kerugian terhadap penyerang mereka itu dan menjual serendah £37 juta pada jendela perpindahan musim panas ini.

Laporan menyatakan bahawa Paris Saint-Germain menunjukkan minat terhadap Dembele, yang dipercayai dibayar gaji sekitar £200,000 (RM1.06 juta) seminggu di Sepanyol.

Pemain Perancis itu meledak 19 gol dalam 74 penampilan buat Barca dalam semua kejohanan.

Disiarkan pada: May 24, 2020 @ 9:34pm
d