arena

Hull City sahkan dua kes Covid-19

Oleh Agensi

KELAB dari Liga Kejuaraan, Hull City mengesahkan dua individu di kelab itu didapati positif Covid-19.

Terdahulu Liga Bolasepak Inggeris berkata terdapat dua kes positif daripada lebih 1,000 pemain dan staf yang diuji di 24 kelab bahagian dua itu.

Dalam satu kenyataan, Hull berkata kedua-duanya tidak menunjukkan apa-apa simptom dan tidak demam tetapi akan melalui pengasingan selama tujuh hari mengikut panduan ditetapkan EFL.

Kedua-dua akan menjalani peperiksaan sekali lagi selepas seminggu.

The Tiger tidak mengesahkan sama ada individu positif itu adalah pemain atau staf.

Ia hadir selepas laporan bahawa Naib Pengerusi Hull, Ehab Allam menulis kepada EFL sebanyak dua kali untuk memberitahu saingan musim ini harus dibatalkan.

Ketika kelab kejuaraan akan kembali menjalani latihan pada Isnin, keseluruhan 1,014 ujian dijalankan kepada pemain dan staf lebih 72 jam yang lalu, dengan dua daripada keseluruhannya di the Tigers didapati negatif.

Ujian bagi mereka yang didapati negatif akan dibenarkan memasuki padang latihan, namun sebelum dibenarkan masuk semua orang perlu melengkapkan protokol saringan untuk mengesan apa-apa sahaja simptom yang dikendalikan oleh doktor kelab.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 24, 2020 @ 10:22pm
    d