arena

Aubameyang mahu tubuh pasukan esports

Oleh Agensi

BINTANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang mendedahkan dia sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan pasukan esports miliknya sendiri.

Penyerang Gabon itu cukup meminati permainan video, dia beraksi buat McLaren pada perlumbaan virtual Grand Prix Formula Satu Monaco semalam.

Malah tak dinafikan dia mempunyai banyak masa untuk berlatih ketika perintah berkurung kerana Covid-19 dengan saingan Liga Perdana turut ditangguhkan.

Pemain berusia 30 tahun itu juga meminati kereta mewah dan kereta lumba ia termasuk memiliki beberapa Lamborghini dan Ferrari LaFerrari yang dibalut warna putih mutiara ekslusif serta tersimpan di stor kenderaannya.

"Sudah tentu saya bermain FIFA, tetapi tahun ini terlalu banyak peringkat saingan dan saya sememangnya perlu bermain aksi perang seperti Warzone: Call of Duty." katanya dalam satu perbualan video.

"Saya sebenarnya memikirkan mengenai melancarkan pasukan esports dan Rocket League sememangnya permainan yang memerlukan saya mempunyai pasukan," katanya.

Sayap Wales dan Real Madrid, Gareth Bale memulakan pasukan esports sendiri tahun ini sementara rakan sepasukan di Arsenal, Mesut Ozil melancarkan pasukannya pada 2018.

Aubameyang berkata itu adalah sesuatu yang mendorongnya untuk mengikutinya.

Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois dan penyerang Manchester City, Sergio Aguero antara bintang bola sepak yang mengambil bahagian dalam siri virtual Formula Satu.

Disiarkan pada: May 25, 2020 @ 6:28pm
d